- Bayaran adalah dalam Ringgit Malaysia secara tunai. (Sewaktu Daftar Masuk).
- Bayaran tempahan tidak akan dipulangkan jika tempahan dibatalkan.
- Waktu Daftar Masuk adalah 2.00 petang dan keluar 12.00 tengahari keesokannya.
- Tetamu adalah terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram, atau kumpulan rakan yang sama gender .
- Keluarga muslim
- Dibenarkan memasak air sahaja
- Kebersihan hendaklah di jaga, segala sampah sarap hendaklah dimasukan ke dalam tong sampah yang telah disediakan.
- Barang-barang dalam rumah adalah hak milik homestay, sebarang kerosakan dan kehilangan penyewa hendaklah menggantikannya.
- Sebarang kerosakkan air / eletrik hendaklah dilaporkan dengan segera kepada pengurus homestay tel: 012-3111 843
- Baki bayaran penginapan hendaklah dijelaskan sepenuhnya bersama deposit keselamatan sebanyak RM100.00 semasa penyerahan kunci untuk daftar masuk.
- Pengurus akan buat pemeriksaan sebelum penerimaan kunci daftar keluar dan pemulangan deposit keselamatan (Jika tiada kerosakan atau kehilangan barang).
- Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke dalam premis penginapan
- Tetamu harus menjaga kebersihan premis dan kawasan persekitaran sepanjang masa menginap
- Menggunakan kemudahan yang disediakan dengan cara berhemah
- Meletakkan kenderaan di tempat yang betul dan tidak menghalang lalu lintas
- Menjaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak penduduk tetap
- Memastikan semua pintu dan tingkap ditutup/kunci bila meninggalkan rumah atau tidur waktu siang dan malam.
- Sila matikan semua peralatan elektrik selepas digunakan. Pastikan menutup suis, kipas, plug, lampu, pendingin hawa dan sebagainya bila meninggalkan rumah atau apabila tidak menggunakannya.
- Mana-mana pihak yang dicurigai tentang status pekerjaan atau perkahwinan mereka boleh DIHALANG dari memasuki Homestay Arni walaupun pembayaran telah dibuat dan wang 50% akan dikembalikan.
- Perlu dingatkan, Homestay Arni melarang keras sebarang kegiatan menyalahi undang-undang negara dilakukan di Homestay Arni . Sebarang kesalahan yang dilakukan adalah atas tindakan dan tanggungjawab penghuni itu sendiri dan Homestay Arni TIDAK BERTANGGUNGJAWAB dan tiada kaitan dengan masalah yang timbul.
- Pihak pengurusan Homestay Arni tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan dan kerosakan harta benda, kecederaan tubuh badan atau kehilangan nyawa penyewa dan penghuni atau tetamu mereka.
- Bayaran perkhidmatan sebanyak RM 50/perkhidmatan dikenakan jika khidmat membersih rumah dan tukar cadar diperlukan semasa dalam tempoh penginapan. Untuk tempoh sewaan jangka panjang perbincangan amat dialu-alukan.
- Setelah anda membuat bayaran tempahan, ini bermakna anda telah memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat yang telah ditetapkan.
Terma & Syarat
Langgan:
Catatan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan